Hobi Bertukar Tagedi


ANBARASEE menunjukkan tong yang dibakar Yarthinavan (gambar kecil) di Sungai Petani semalam.


Seorang kanak-kanak lembam ditemui mati dalam keadaan ngeri selepas tindakannya membakar sampah yang mengandungi mercun telah menyebabkan satu letupan kuat hingga menyebabkan sebahagian isi lehernya terkeluar di Kampung Ah Chuan, Batu 2, Jalan Kuala Ketil, di sini kelmarin.

Kejadian pukul 6.15 petang itu menyebabkan M. Yarthinavan, 8, mati di lokasi kejadian selepas dia tercampak beberapa meter dari tempat dia membakar sampah di tepi rumahnya.

Letupan itu juga mengakibatkan lebih 10 atap zink dan tingkap rumahnya pecah manakala kedua-dua bahunya juga melecur teruk.

Difahamkan, sampah tersebut dikutip dari tempat pembuangan sampah penduduk di situ yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan rumahnya.

Anak tunggal tersebut tidak lagi bersekolah selepas terpaksa berhenti dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Perbadanan di sini kerana masalah lembam.

Ibu saudara mangsa, S. Anbarasee, 27, memberitahu, dia sangat terkejut sebaik terdengar letupan kuat itu dari arah tepi rumahnya ketika dia sedang menyusukan bayinya berusia setahun.

Katanya, mangsa dijaga olehnya sejak beberapa tahun lalu selepas ibu bapanya bekerja di tempat lain dan hanya akan pulang pada hujung minggu.

Comments