H1N1 Mengganas Dengan 50 Kes Sehari


KAKITANGAN Jabatan Kesihatan Perlis, Syazwan Syafiq Saidina (kiri) menerangkan cara mencegah penularan H1N1 kepada pengunjung.


Pihak berkuasa kesihatan meningkatkan pemantauan dan langkah berjaga-jaga selepas kes kematian dua beranak di Melaka baru-baru ini menunjukkan ada petanda wabak selesema babi atau H1N1 kembali meningkat.

Satu lagi petanda wabak itu kembali berleluasa ialah jumlah pesakit demam berkaitan influenza (ILI) telah meningkat sehingga 50 kes sehari di seluruh negara.

Keadaan semasa belum sampai ke tahap gelombang kedua H1N1 tetapi harus berwaspada kerana bilangan mangsa sudah bertambah.

Comments