Dibunuh Kerana Kemalangan


MAYAT Gim Beng ditemui di sisi keretanya di Jalan Paboi, Nibong Tebal semalam.


Hanya kerana kemalangan kecil membabitkan dua buah kereta, seorang lelaki mati dihentak dengan seketul batu dalam pergaduhan ekoran kejadian itu.

Melihat lawannya tidak bernyawa, lelaki yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol panik dan melarikan diri sebelum dia ditahan sembilan jam selepas kejadian itu.

Suspek yang berusia 42 tahun dan berasal dari Alma, Bukit Mertajam ditahan selepas dia datang menyerah diri di Balai Polis Simpang Ampat di sini pada pukul 11 pagi semalam dan menceritakan apa yang berlaku.

Kemalangan kecil antara kereta mangsa dan kereta suspek dikatakan berlaku pada pukul 2 pagi di persimpangan lampu isyarat di Bukit Panchor di sini.

Ketika itu, suspek yang memandu kereta Proton Saga dalam keadaan mabuk didakwa terlanggar kereta Proton Iswara mangsa yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu.

Mangsa yang marah dan tidak puas hati didakwa bertindak mengejar suspek yang melarikan diri.

Comments