BN Semakin Parah Di P.94

Satu demi satu bala’ mula melanda BN di Hulu Selangor apabila semasa penamaan calon sebentar tadi pemimpin kanan parti itu termasuklah Shafie Apdal dan Samy Vellu cedera terkena kawat berduri.

Kejadian itu berlaku kira-kira 9.26 minit pagi tadi semasa mereka bersama beberapa kerat penyokong upahan mengiringi calon ‘payung terjun’ mereka, P Kamalanatahan.

Samy cedera di lutut kanan manakala Shafie cedera di siku kanan.

Sebelum itu, petang semalam pula, hujan lebat dan angin kencang meraikan kempen bos nombor dua BN, Muhyiddin Yassin semasa berkempen di Hulu Selangor.

Malah, khemah yang menempatkan Muhyiddin bersama pemimpin Umno yang mencetuskan ucapan perkauman baru-baru ini, Noh Omar dan Kong Cho Ha yang tewas dalam pemilahan MCA lalu, nyaris-nyaris tumbang dan hanya diselamatkan oleh pekerja tapak pembinaan dan anggota Rela ketika itu.

Rekod menunjukkan, bala’ yang melanda jentera BN itu sebenarnya telah bermula seawal bulan lalu apabila kerusi kuota MIC itu mahu dirampas oleh Umno dengan mencalonkan Mohd Taib.

MIC pula bertegas mahukan G. Palanivel yang sehingga beberapa jam sebelum pengumuman calon itu Jumaat lalu, MIC dan Umno terus bertelagah yang akhirnya calon terpaksa diturunkan oleh puak BN, iaitu P. Kamalanathan.

Terdahulu, Muhyiddin menegaskan akan mengumumkan calon BN pada Jumaat lalu yang terdiri daripada anak tempatan.

Jelasnya, Muhyiddin membohongi 1Malaysia apabila mengumumkan P. Kamalantahn yang berasal dari Rawang.

Difahamkan, selepas pengumuman itu, beberapa jentera Umno dan MIC lumpuh sebagai protes terhadap pengumuman calon itu.

BN di Hulu Selangor tidak boleh menafikan bahawa G. Palanivel sejak tahun lalu telah pun turun padang terutamanya selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden MIC dan kempennya kian giat sejak pertengahan Januari lalu apabila mengetahui bekas penyandanganya kian tenat.

Apa yang pasti, pengundi Melayu di Hulu Selangor terutamnya masyarakat Felda bersedia untuk menoklak calon BN itu. Ini dapat dilihat apabila kedatangan Ketua Wanita Umno bersama Isteri kedua Najib, Rosmah Mansor di Felda Sungai Buaya baru-baru ini disambut oleh pengundi di kampung itu dengan kata-kata berikut.

"Sekiranya mahu undi daripada kami! Selesaikan masalah kami di Kampung Sungai Buaya Ini! Pesanan daripada pengundi-pengundi Kampung Sungai Buaya".

Perkataan itu dapat dilihat jelas apabila memasuki laluan utama memasuki kampung itu.

Comments