Sunday, 25 April 2010

Aksi Lucah Penyokong BN

Penyokong Barisan Nasional (BN) dilaporkan melakukan provokasi dengan mempamerkan aksi lucah kepada penyokong Pakatan Rakyat (PR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah namun keadaan masih terkawal.

Pergaduhan juga hampir tercetus ekoran jarak kedua-dua penyokong hanya sebelah menyebelah.

Exco Selangor, Elizabeth Wong juga telah mengesahkan  halangan yang terdapat di dua kampung Orang Asli  telah dibuang selepas laporan buat mengenainya awal pagi tadi.

Terkini, SPR menyatakan 31,632 atau 49.04 peratus telah menjalankan tanggungjawab mereka menjelang 12 tengahari tadi.

Media juga melaporkan Sekurang-kurangnya dua lelaki yang memakai kemeja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Sekolah Menengah Ampang Pecah, dikesan berkempen untuk Barisan Nasional (BN) dengan mengajak pengundi memangkah BN.

Tindakan mereka ini dikesali dan seakan-akan mengesahkan dakwaan betapa suruhanjaya itu berlagak sebagai parti komponen BN.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Khairul Anuar Ahmad Zainuddin ketika mengulas peratusan sedikit keluar mengundi sebelah pagi berkata ini mungkin merupakan protes senyap orang Melayu kepada calon BN, Kamalananthan.

0 Komen: