Ajal Di Bawah Jentolak


SAFIAH memegang baju seragam Askar Wataniah milik Mohd. Rafizsham yang mati dihempap jentolak di Kampung Lubuk Kasau, Bemban, Jasin, semalam.


Seorang pemuda maut apabila dihempap selama dua jam oleh sebuah jentolak seberat lima tan yang terbalik ketika dia sedang mengendalikan jentera itu di Taman Perindustrian Rumbia di Alor Gajah kelmarin.

MOHD. RAFIZHAM


Mohd. Rafizham Safri, 21, mati ketika dia sedang melakukan kerja-kerja meratakan tanah di situ sambil diperhatikan oleh penyelianya pada pukul 9.30 pagi.

Difahamkan, jentolak tersebut terbalik selepas ia terlanggar sebiji batu besar yang menyebabkannya menjadi senget lalu terbalik.

Ekoran itu, anak ketiga daripada lima beradik tersebut turut terjatuh selepas gagal mengimbangi badannya lalu dihempap oleh jentolak tersebut.

Penyelianya yang ternampak kejadian itu kemudian bergegas ke arahnya sebelum menghubungi bomba.

Comments