10 Bas Hantu Masuk Hulu Selangor

Barisan Nasional sejak awal pagi telah bersedia dengan pengundi hantu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor kali ini.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah menahan 10 buah bas yang disyaki membawa pengundi hantu yang bakal mengundi untuk BN.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang dihubungi erapakatan berkata mereka telah berjaya mengesan tersebut kira-kira jam 3.15 pagi di Ampang Pecah, Hulu Selangor.

Kira-kira jam 6.30 pagi AMK telah berjaya menahan bas tersebut.

"Sejurus itu kami telah membuat laporan polis namun polis ternyata memberikan kerjasama sepenuhnya kepada BN," Kata Shamsul.

Menurut beliau, polis telah menjadi ketua membawa keluar bas itu tanpa ada apa-apa tindakan lanjut dan AMK sendiri tidak mampu melakukan apa-apa kerana polis sendiri yang membawa keluar bas-bas tersebut.

"Kita buat laporan polis dan mengharapkan sebarang tindakan tetapi ini yang terjadi," kata Shamsul lagi.

Comments