Zulkifli Nordin Kaki Ampu dan Pengecut

Tiba-tiba kedengaran Ahli Parlimen Kulim ini jadi pengampu terbaik kepada Perdana Menteri selepas Zahrain yang kononnya membela Perdana Menteri dari tuduhan pembunuhan ke atas Altantuya.

Beliau mengajak semua pihak bersangka baik dan berpegang pada ajaran al-Quran kerana Perdana Menteri pernah bersumpah menafikan terbabit dalam kes pembunuhan itu.

Boleh ke Perdana Menteri terima Islam? Sedangkan beliau sendiri tolak Islam dan si kaki ampu ini menyuruh semua pihak kembali kepada agama. Cuba perhatikan kenyataan Zulkifli di atas bahawa dia menyuruh semua pihak bersangka baik

Apa kaitan dia dengan pembunuhan Altantuya? Adakah dia tahu siapakah yang bunuh Altantuya kalau bukan Perdana Menteri?

Beliau mengajak semua pihak bersangka baik dan berpegang pada ajaran al-Quran kerana Perdana Menteri pernah bersumpah menafikan terbabit dalam kes pembunuhan itu.

"Bagaimana kita tidak suka difitnah orang, begitu juga kita tidak boleh memfitnah orang lain,"

 Sebelum ini pun, Zulkifli lah yang paling kuat menuduh Perdana Menteri tetapi hari ini beliau insaf. Ada yang tidak kena dengan Zulkifli ke? Atau beliau sudah mendapat habuan yang besar sehinggakan mengampu PM dan membela isterinya tanpa sebab yang munasabah.

Beliau hairan dengan sikap mereka yang mengaku Islam, tetapi menuduh orang Islam lain sebagai pembunuh tanpa bukti jelas, sebaliknya hanya bersandarkan surat akuan sumpah daripada bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam.

"Apakah hanya sekadar membuat surat akuan sumpah dengan bayaran RM4, satu fitnah menjadi bukti dan keterangan semata-mata kerana ada cop Pesuruhjaya Sumpah. Banyak surat akuan sumpah macam tunggang terbalik dibuat Bala dan akhirnya dia menjadi sesumpah.

"Saya antara peguam yang mengendalikan kes Altantuya, apa yang ditohmah dan difitnah oleh Bala tidak pernah beliau bangkitkan dalam perbicaraan di mahkamah... pada saya Bala hanyalah ‘opportunis' yang mengambil kesempatan daripada kerakusan syaitan bertopengkan manusia," katanya.

Sehubungan itu, beliau menyeru umat Islam yang mempunyai keimanan kepada Allah dan meyakini al-Quran menolak kenyataan Balasubramaniam.

Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan anak Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (BN-Padang Rengas) yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar Undang-Undang, Darren Kang di restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Zulkifli cuba membela PM dan isterinya atas dasar agama. Itulah pegampu kepada PM dan juga sifat pengecut. Sebenarnya beliau bermasalah dalam PKR dan ingin menutup keaibannya maka beliau banyak mencipta pelbagai isu dan sanggup makan tahi orang yang diampunya.

Comments