Utusan Media Biawak Hidup

Mampuslah utusan selepas ini. Asyik bayar "infak" fitnah kepada orang yang difitnah. Baguslah dan teruskan memfitnah supaya kerja-kerja bodoh yang engkau lakukan itu termasuk dalam golongan-golongan orang yang penuh dengan kebodohan.

Utusan juga boleh dianggap sebagai liabiliti kepada Pakatan Rakyat tetapi dianggap sebagai biawak hidup untuk UMNO/BN. Kalau nak tahu bagaimana membela biawak hidup, kena tanya orang UMNO yang berjawatan tinggi dalam kerajaan.

Ini berkaitan dengan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac di bawah tajuk 'RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis'.

Dalam berita tersebut, ada pertuduhan kononnya Syed Husin menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional lalu membentuk Parti Keadilan Rakyat.

Syabas kepada Utusan. Akhbarmu akan dijadikan seperti sampah dan jualan dipasaran sudah tidak seperti dahulu. Syarikat kerajan pun malu nak membeli akhbar yang karut-marut ini. Malulah sikit. Kalau mahu berfakta, cuba rujuk media Pakatan Rakyat. Mereka punya fakta yang tepat.

Utusan bolehlah dianggap akhbar yang sesat lagi menyesatkan serta mengalahkan Ayah Pin. Insaflah wahai Utusan, rezeki yang korang dapat pun dah jadi subhah kerana selalu kena maki dengan orang ramai. Kena fikirlah. Itu darah daging yang engkau nak suap kepada anak bini engkau.

Jangan sampai engkau gulung tikar dan merempat dah la. Asyik kena bayar saman sana sini. Baik ko dermakan kepada anak yatim ke, fakir miskin ke atau mana-mana badan yang berhak mendapatkannya.

Comments