Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Sunday, 14 March 2010

Tahniah BN! Indeks Rasuah Meningkat Lagi

Indeks Rasuah dalam negara semakin  meningkat dan ini menunjukkan perubahan yang baik untuk negara kita melihat perubahan sebuah kerajaan pimpinan BN bertukar kepada PR.
Tahun demi tahun peningkatan indeks rasuah. Pencapaian terbaik yang dilakukan oleh kerajaan BN agar memastikan mereka berkubur lebih cepat. Dahulunya (tahun 2009) adalah di tanggga ke-47 tetapi telah meningkat ke tangga 56. Tahniah kerajaaan BN.

Faktor peningkatan ini juga didorong oleh beberapa ekor katak yang telah dibeli oleh kerajan BN. Seekor katak telah dibeli antara RM2juta hingga RM24juta. Maka peningkatan ini akan berterusan sehinggalah keajaan BN itu sendiri yang tumbang.

Transparency International Malaysia telah mengiktiraf usaha Malaysia untuk menangani rasuah walaupun kedudukan pada indeks persepsi rasuah (CPI) tahun ini(2009) telah merosot.

Presiden TI-M Datuk Paul Low mengatakan, kedudukan Malaysia telah jatuh ke kedudukan 56 tahun ini daripada 47 tahun lalu, berdasarkan tinjauan 180 negara.

Untuk rekod, Skor Malaysia adalah 4.5 dibandingkan dengan Singapura 9.2 pada ranking 3, Brunei 5.5 ranking 39, Thailand 3.4 ranking 84, Indonesia 2.8 ranking 111, dan Filipina 2.4 pada ranking 139.

0 comments: