Polis Gian Tembak Manusia

Sudah tidak ada kerja lain nampaknya polis. Sebelum ini kedengaran polis menembak seorang wanita sehingga kecacatan kekal. Semalam ada pula yang kena tembak gara-gara cemburu tengok bakal isterinyadisebuah rumah Proje Perumahahan Rakyat Kerinchi.

Selepas ini dicadangkan polis supaya tidak ada senjata pada mereka kerana ini lebih berbahaya lagi kepada masyarakat umum. Bukan penjenayah sahaja yang mereka tembak, orang baik-baik pun mereka tembak. Penjenayah tidak tembak orang sesuka hati tetapi polis lain sifatnya.

Sudahlah bekerja dalam jabatan siasatan jenayah tetapi melakukan jenayah. Apa kes polis hari ini? Sudah tiada kerja lain ke sehingga menembak manusia yang tidak berdosa sesuka hati. Selepas ini ahli parlimen pula yang kena tembak. Itu kita tidak tahu.

Ikuti keratan akhbar mengenai polis tembak manusia yang tidak bersalah yang diambil dari Utusan Munafik "Penyebar Fitnah Rakyat"

KUALA LUMPUR 2 Mac – Akibat mengikut perasaan cemburu, seorang anggota polis bertindak menembak bakal isterinya dan abang mangsa di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat Kerinchi di sini, malam ini.

Bakal isteri suspek, G. Prema, 24, dan abangnya, G. Davandran, 25, ditembak oleh anggota polis itu yang bertugas sebagai pemandu di Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini. Kedua-dua mangsa bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria berkata, ketika kejadian pada pukul 9.45 malam itu, mangsa yang datang ke rumah mangsa telah bergaduh sebelum melepaskan tembakan.

“Dalam pertengkaran itu suspek telah melakukan empat tembakan dan tiga daripadanya mengenai kedua-dua mangsa.

“Bakal isteri suspek cedera di perut dan tangan, manakala abangnya pula cedera di bawah telinga kiri akibat terkena serpihan peluru,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, malam ini.

Beliau menambah, akibat takut dengan tindakannya itu suspek kemudianya cuba membunuh diri dengan meminum racun tetapi sempat diselamatkan oleh anggota polis yang tiba di tempat kejadian.

Katanya, kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan ringan itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk menerima rawatan.

Tambahnya, suspek telah ditahan untuk disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Comments