Pengarah Filem Lucah Mahu Bertanding Pilihan raya


ARROWSMITH


LONDON - Seorang pengarah filem lucah, Anna Arrowsmith mengumumkan akan bertanding bagi kerusi Parlimen Britain pada pilihan raya akan datang, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang menguruskan agensi filem porno Easy on the Eye, menyatakan bahawa dia akan bertanding atas tiket Parti Liberal Demokrat di Gravesham, Kent.

Arrowsmith, 38, ialah pengarah filem lucah wanita pertama di Britain dan telah menerbitkan lebih 300 filem porno selain dinamakan pengarah terbaik Anugerah Filem dan Televisyen Dewasa Britain pada 2008 dan 2009.

Wanita itu yang memiliki ijazah sarjana muda Seni Halus dan Sarjana Falsafah berkata, dia bertanding untuk membersihkan politik Britain daripada pelbagai skandal terutamanya kontroversi tuntutan perbelanjaan melampau di kalangan anggota Parlimen.

"Kepada penduduk Kent, saya berharap anda tidak menilai saya berdasarkan kerja saya. Saya melibatkan diri dalam industri filem lucah untuk menjadikan filem itu lebih mesra wanita," kata Arrowsmith. 

"Pada era ini, orang ramai yang hidup dalam masyarakat demokrasi sepatutnya diberi pilihan untuk menonton apa yang mereka mahu," tambahnya. 

Sumber: Agensi

Comments