Merajuk Selepas Kena Pecat

Betul-betul buat hal mamat ex-PKR ni. Apa nak jadi dengan dia selepas ini? Sekejap mahu masuk bebas, sekejap mahu  AKIM dan terkini mahu masuk PAS. Senang-senang masuk UMNO je lah. UMNO banyak duit.

Mari kita hayati apakah sebab dia merajuk. Sebab tidak dapat duit, sebab kena pecat atau sebab kena kritik oleh pimpinan PKR. Sama-sama kita hayati drama Zulkifli Nordin sebagai pelakon ex-PKR terbaik.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, yang juga peguam kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 1998, menarik diri sebagai peguam syarie kepada penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zulkifli yang menghantar notis kepada Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam, bagi memaklumkan beliau menarik diri sebagai peguam syarie dalam kes Qazaf kepada Anwar berkuat kuasa serta merta.

Beliau yang dipecat daripada PKR Sabtu lalu, memaklumkan disebabkan perkembangan terbaru yang berlaku kepadanya, beliau tidak bersedia meneruskan khidmatnya sebagai peguam kepada Anwar, katanya dalam notis berkenaan yang disiarkan dalam blog miliknya, semalam. 

Begitulah sedikit sinopsis daripada drama lakonan beliau. Apakah beliau akan terlibat dalam drama terbarunya yang akan ditaja oleh UMNO Corruption Film. Sama-sama kita nantikan tayangan dipawagan berdekatan.

Comments