Maut Terhidu Gas Beracun


ANGGOTA bomba menghadapi kesukaran ketika mengeluarkan enam mangsa gas beracun di Beaufort kelmarin.


Enam pekerja warga Filipina maut selepas dipercayai terhidu gas beracun ketika mereka sedang membaiki tangki air di loji rawatan air di Kampung Lawa, Beaufort kira-kira 120 kilometer dari sini malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Khairuddin Drahman berkata, keenam-enam lelaki terbabit yang berbangsa Suluk dikenali sebagai Wahab, 30, Mus, 25, Ajin, 20, Ramujil, 18, Anuar, 17 dan Baisal, 16.

Comments