Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Saturday, 27 March 2010

Lagi Gempa Bumi di Chile

Gempa bumi pada skala 6.2 Ritcher melanda utara Chile semalam, sebulan selepas gempa yang menyaksikan kehancuran besar di selatan negara tersebut.

Bagaimana pun para pegawai melaporkan tiada mangsa mahupun kerosakan ekoran kejadian tersebut.

Gempa tersebut berlaku pada pukul 10.52 waktu tempatan di 605 KM ke utara Santiago dan 80 KM ke barat daya bandar Copiapo, lapor agensi tinjauan geologi Amerika Syarikat (AS).

Ratusan penduduk di kawasan berkenaan bertempiaran keluar dari pejabat dan sekolah, lapor media tempatan sambil menambah kekuatan gempa berkenaan cukup untuk menjadikan penggera kenderaan berbunyi.

Penduduk sekitar Pelabuhan Caldera dipindahkan kerana bimbang berlaku tsunami, lapor Radio Cooperative walaupun tiada amaran tsunami dikeluarkan. 

Sumber: AFP

0 comments: