Ketua Pemuda Dibunuh Kejam

Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak, mendiang Siva Pandian mati ditembak di hadapan kedai mencuci kereta miliknya di Langkap, Teluk Intan hari ini. 

"DPPN Pk amat sedih dengan berita yang telah di laporkan kerana cara pembunuhan tersebut amat kejam dengan dua das tembakan yang satunya mengenai kepala dan dada yang mengakibatkan beliau mati di tempat kejadian jam 3 petang tadi," kata Salman Haji Saleh, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk).

DPPN Pk yang lantang mengutuk tindakan itu berharap pihak polis membuat siasatan menyeluruh terhadap pembunuhan kejam tersebut. 

"DPPN Pk juga meminta ahli keluarga mendiang dan juga semua ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak bersabar serta tenang dan berhati-hati dengan suasana yang berlaku ini," tegas beliau.

Comments

Unknown said…
Mungkinkah ini provokasi?