Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Monday, 15 March 2010

Kempen Hangat-hangat Tahi Kucing

Maka terbuktilah kerajaan Malaysia akan mengadakan kempen ikut musim dan bukannya berterusan demi memastikan rakyat Malaysia membeli barangan buatan Malaysia.
Apakah tujuan kempen itu dihidupkan semula? Adakah kerana barangan buatan Malaysia tidak berkualiti atau tidak mendapat sambutan pengguna Malaysia sendiri? Kali ini kempen itu mempunyai temanya bertajuk "Pengguna Patriotik".

Kempen seperti ini adalah bersifat rektorik sebenarnya. Ia hanya untuk menutup isu berkaitan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau dengan kata lain GST. Jadi dilaksanakan kempen tersebut.

Mari kita baca apa yang cuba dikencing oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada rakyat Malaysia.

Kempen "Beli Barangan Malaysia" yang menekankan aspek patriotisme akan dihidupkan semula pada bulan depan atau Mei, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Bertemakan "Pengguna Patriotik", kempen itu bertujuan menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan telefon mudah alih bercirikan Islam keluaran syarikat tempatan Ad-Deen Technology Sdn Bhd, menerusi model Q292 di sini, hari ini.

0 comments: