Harga Nombor Plat Berharga RM220 000

Nombor plat pendaftaran kenderaan Terengganu terus mendapat sambutan apabila nombor TAY 1 memperoleh bidaan tertinggi di Malaysia setakat ini iaitu RM220,000 sementara nombor plat Melaka, MCA 1 yang akan dibuka untuk bidaan dijangka turut menjadi rebutan.

Harga bidaan itu mengatasi harga untuk nombor plat tertinggi sebelum ini iaitu TAN 1 yang bernilai RM200,090 dan TAX 1 sebanyak RM165,000.

Sejumlah enam bidaan diterima untuk nombor tersebut sepanjang tempoh bidaan yang bermula dari 2 hingga 22 Februari lalu.

Bagi plat pendaftaran TAY, sebanyak 534 nombor dibida oleh 1,119 pembida dari seluruh negara dan harga paling tinggi yang diterima ialah bagi TAY 1 diikuti TAY 8 sebanyak RM62,000.

Comments