Gempa Bumi Sederhana di Laluan Sabah-Indonesia

Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda Laluan Maluku, kira-kira 223km Timur Manado di Indonesia dan 1,014km Tenggara Kunak, Sabah, pada pukul 3.07 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan menyatakan bahawa koordinasi gempa bumi ialah pada 1.4 Utara dan 126.8 Timur.

Gempa bumi itu tidak menyebabkan sebarang ancaman tsunami.

Comments