Banyaknya Katak Masuk UMNO

Melompatlah katak dari titik A ke titik B. Katak sememangnya pandai melompat. Mari kita kenali katak dan cari asal usulnya sehinggakan ramai yang suka lompat parti.

Katak ialah sejenis haiwan amfibia dalam susunan Anura (bermaksud "tidak berekor", dari bahasa Greek: an-, tanpa + oura, ekor), dahulunya digelar Salientia (bahasa Latin saltare, "melompat"). Katak dewasa bercirikan kaki belakang yang panjang, badan yang pendek, jari berselaput, mata jongang dan ketiadaan ekor. Kebanyakan katak menjalani hidup mata jongang, tetapi juga mudah bergerak di daratan dengan melompat atau memanjat. Katak biasanya bertelur di lopak, kolam atau tasik; dan larvanya, iaitu berudu, berinsang dan bertumbuh dalam air. Katak dewasa merupakan haiwan maging yang gemar memakan haiwan artropod (terutamanya serangga), annelid dan gastropod. Katak paling dikenali dengan bunyi menguaknya yang boleh kedengaran tanpa kira siang atau malam, terutamanya ketika musim mengawan.

Katak boleh didapati dari kawasan tropika ke subartik, tetapi kebanyakan spesis katak terdapat di hutan hujan tropika. Katak merupakan antara kumpulan vertebrata yang paling banyak kepelbagaian, merangkumi lebih 5,000 spesis yang dikenali. Namun begitu, populasi spesis katak tertentu kian merosot.

Katak dan kodok sering dibezakan berdasarkan wajahnya yang disebabkan penyesuaian yang tertumpu kepada persekitaran kering di kalangan haiwan yang bergelar kodok; bagaimanapun, pembezaan ini tiada dasar taksonominya. Satu-satunya famili yang diberi nama am "kodok" secara eksklusif ialah Bufonidae, tetapi banyak spesis dari famili lain turut dipanggil "kodok," dan spesis di bawah genus kodok Atelopus digelar "katak badut" (harlequin frogs).

Maka sudah dibaca asal usul katak dan kita tahu bahawa ada seekor katak dari Pulau Pinang telah melompat masuk UMNO. Ingat lagi dengan Timbalan 1 Pulau Pinang? Dialah yang melompat. Tidak tahu namanya? Namanya ialah Mohd Fairus Khairuddin yang dulunya dari PKR tetapi sekarang sudah jadi UMNO.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.

Comments