Awang Adek Bajingan dan Balaci UMNO Terbaik

Siapa masih ingat dengan slogan Menteri Besar Baru Kelantan pada pilihanraya ke-12? Kalau masih ingat, dialah Awang Adek Husin yang cuba jadi Menteri Besar pada ketika itu namun kerana mahukan hanya satu undi maka beliau mengisytiharkan tidak jadi untuk menjadi Menteri Besar.

Hari ini dia menuduh Kelantan "mengeksport" rakyatnya ke negeri lain. Betapa hinanya rakyat Kelantan dengan kenyataan Awang Adek Abang Kakak Husin ini. Dia kena tahu. dia pun diimport oleh UMNO untuk duduk dalam kerajaan sebagai Timbalan Menteri Kewangan. 

Apa yang dia cakap semua itu terkena kepada dia sendiri? Siapa dia mahu bercakap pasal mengeksport rakyat Kelantan?

Rakyat Kelantan berhijrah bukan kerana kemiskinan Kelantan tetapi mahu menjatuhkan kerajaan UMNO/BN di negeri-negeri luar. Sebab itulah ramai yang berhijrah dan melahirkan anak dinegeri luar Kelantan.

Kuasa pemecahan undi telah dilakukan oleh rakyat Kelantan demi memastikan UMNO/BN terkubur di mana-mana negeri yang diperintah UMNO/BN. Sebab itu penghijrahan rakyat Kelantan penting.

Engkau jangan cakap dan menghina rakyat Kelantan sebab engkau pun dari Kelantan. Engkau nak cakap Bahasa Melayu tulin pun masih lagi ada bunyi budu. Mangkuk hanyun betul awang Adek. Tidak sedar diri. Beginilah manusia yang berada dalam UMNO. 

Asal usul pun tidak tahu. Duduk dalam UMNO boleh jadi dungu dan bodoh sama sepert iAwang Adek. Apa yang diperkatakan oleh Awang Adek itu sebenarnya menghina rakyat Kelantan yang majoritinya 95% Melayu. Kalau betul-betul UMNO mahu tolong Melayu,tolonglah rakyat dinegeri Kelantan.
Dibawah ini adalah petikan kenyataan Ustaz Idris Ahmad mengenai Awang Adek Abang Kakak Husin mengenai 'eksport' rakyat Kelantan yang dipetik dari EraPakatan.

Ketua Penerangan Pas Idris Ahmad berkata demikian ketika mengulas kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Husin baru-baru ini yang menggesa agar Kelantan tidak berterusan 'mengeksport' rakyatnya ke negeri-negeri lain lantaran kemiskinan negeri itu.

Menurut Idris, rakyat Kelantan kini berada di hampir semua negeri dalam pelbagai sektor termasuklah yang bekerja dengan kerajaan pusat.

"Dalam sektor kerajaan sendiri ramai tenaga pakar kalangan anak-anak Kelantan yang pernah meminta ditukar ke Kelantan untuk membantu negeri itu, tetapi mereka diletakkan di Putrajaya, manakala anak-anak Kelantan yang tidak sokong kerajaan dihantar ke pedalaman di Sabah Sarawak," kata beliau.

"Kelantan sentiasa dimomokkan dengan imej negatif hingga menyebabkan pelabur dan pelancong berasa kurang yakin. Padahal, negeri lain juga sebenarnya mengalami masalah yang sama berikutan kelembapan ekonomi negara secara keseluruhannya," katanya yang kesal kerana banyak peruntukan kerajaan persekutuan selama ini tidak sampai sepenuhnya kepada pentadbiran Kelantan.

Dalam kes wang ehsan tambah Idris, kerajaan persekutuan menguna prosedur kewangan yang sama di mana RM20 juta akan diserah kepada JPP Kelantan.

"Apakah ini bukan satu tindakan yang culas?" soalnya, kesal dengan karenah Umno yang tidak pernah ikhlas membantu Kelantan selama ini.

Menurutnya, Kelantan menolak wang ehsan kerana yakin mereka berhak terima wang royalti minyak bernilai lebih RM2 Bilion.

"Hak ini juga dinafikan walhal wang royalti adalah hasil negeri yang sewajarnya dibayar oleh kerajaan persekutuan kepada Kelantan setelah membenarkan Petronas menjalankan carigali minyak di perairan Kelantan.

"Jika Kelantan terima wang royalti dan JPP dibubarkan, maka kewangan negeri tidak akan mengalami defisit, malah pembangunan yang lebih rancak dapat diadakan.

"Kenapa Umno Kelantan berpakat untuk menafikan hak rakyat ini? Jelas Umno berniat untuk sabotaj ekonomi negeri di mana hasil negeri yang sepatutnya diterima tidak diberikan dan dalam masa yang sama, Awang Adek sibuk menyatakan bahawa ekonomi dan perniagaan Kelantan tidak bermaya," kata beliau lagi.

Idris berkata, sikap kerajaan persekutuan yang terus menganaktirikan Kelantan harus dihentikan dan hakikat bahawa negeri ini selesa di bawah pentadbiran Pas sejak dua dekad perlu diterima oleh Umno.

"Pas akan terus memastikan Kelantan dapat dimajukan walaupun Umno, BN tidak akan berhenti mensabotaj negeri ini. Kelantan yang diperintah Pas selama ini tidak pernah sunyi dengan gangguan dan sabotaj daripada Umno," kata beliau lagi.

Comments