UMNO Sama Dengan Cat

Rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Nerang, Kedah, Syed Sobri Syed Hashim, di Taman Malaysia, disimbah cat merah, dipercayai perbuatan khianat malam tadi.

Walaubagaimanapun, kejadian hanya disedari Adun Umno itu kira-kira jam 7 pagi tadi ketika membuka pintu pagar rumahnya.

Beliau terkejut apabila mendapati tompokan cat merah pada tembok dan pintu pagar rumahnya.

Syed Sobri ialah antara calon Umno/BN yang hampir kalah dalam tsunami politik pada pilihan raya umum (PRU), 8 Mac 2008.

Beliau cuma meraih majoriti 805 undi pada 2008 berbanding majoriti BN pada PRU sebelumnya sebanyak 1,310 undi.

Sementara calon PAS/PR pada PRU 8 Mac 2008, telah mendapat 7,051 undi.

Tindakan menyimbah cat merah bukan sesuatu yang baru dalam budaya Umno kerana sebelum ini perkara seumpama itu pernah berlaku dan ia dipercayai bermotifkan politik.

Sebelum ini,  Rumah bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar dan pejabat Ketua Pergerakan Wanita UMNO Johor, Halimah Sadique, dibaling cat merah oleh pihak tidak bertanggungjawab dan dipercayai bermotifkan politik.

Turut berlaku kepada pemimpin Umno sebelum ini ialah poster Pengerusi BN Perak, Zambry Abdul Kadir dan ketika itu dipercayai angkara sekumpulan puak yang tidak berpuashati dengan beliau.

Comments