Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Friday, 19 February 2010

Pegawai SPRM Pun Makan Rasuah?

Ingatkan mahu mencegah rasuah tapi turut makan rasuah. Inilah sikap pegawai-pegawai yang bekerja makan rasuah. Kalu tidak rasuah maka tidak boleh hidup. Baik bubar sahaja SPRM ini. Buat malu sahaja kepada rakyat. Memang tidk bermaruah pegawai-pegawai yang makan rasuah. Sama seperti jual maruah dan harga diri.

M Mohan, 37 seorang Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini atas tuduhan meminta dan bersetuju menerima rasuah daripada seorang suspek siasatan kes rasuah pada Oktober 2009.

Pemuda yang telah berkhidmat selama 15 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009, iaitu meminta bagi dirinya suapan bernilai RM250,000 daripada A Sinnaiah sebagai dorongan tidak meneruskan siasatan terhadap suspek yang disyaki memberi rasuah kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia.

Beliau turut didakwa mengikut Seksyen 17 (a) akta sama, iaitu bersetuju menerima suapan RM200,000 daripada Sinnaiah untuk tujuan sama.  

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara 11 pagi hingga 1 tengahari pada 22 Oktober 2009 di pejabat SPRM, Tingkat 14, Plaza Masalam, Shah Alam.
Hakim Azhanis Teh Azman Teh menetapkan tarikh bicara pada 23 hingga 26 Ogos ini.

0 comments: