Ali Rustam Tidak Mahu Kecewa Selepas Eye On Malaysia

 Ali Rustam semakin hari semakin bimbang dengan apa yang berlaku di Melaka. Selepas Eye On Malaysia di arahkan ditanggalkan dari bumi Melaka, sekarang timbul pula berkaitan Sukan Malaysia yang ke-10 yang akan dilaksakan di negeri Melaka pada bulan Jun ini.

MELAKA - Tinggal hanya lima bulan temasya Sukan Malaysia Ke-13 akan diadakan di negeri ini, dari 10 hingga 19 Jun ini tetapi promosi sukan tersebut disifatkan paling hambar.

Tidak banyak kegiatan promosi yang dilakukan oleh Jawatankuasa Promosi Sekretariat Sukan Malaysia, sekali gus situasi tersebut meresahkan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Berucap ketika merasmikan Karnival Sukan Malaysia Ke-13 di Menara Taming Sari kelmarin, beliau melahirkan rasa kurang senang terhadap jawatankuasa berkenaan, kerana masih gagal melaksanakan usaha-usaha mempromosikan temasya itu.

''Sudah tiba masanya jawatankuasa tersebut memberi tumpuan untuk mempromosikan Sukan Malaysia. 

''Tidak banyak kegiatan promosi diadakan setakat ini.

''Saya tidak nampak kita tidak boleh melakukannya, sedangkan banyak ruang yang boleh digunakan untuk tujuan promosi. 

''Kita sebagai kerajaan negeri, selaku penganjur utama boleh melakukannya dengan cara mudah.

''Sebenarnya promosi ini boleh dilakukan tanpa perlu menunggu peruntukan, kerana ia boleh dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak swasta," katanya.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Perpaduan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Ab. Karim Sulaiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Sdn. Bhd., Nazary Ahmad.

Majlis perasmian turut diserikan dengan persembahan penyanyi terkenal tanah air, Jamal Abdillah.

Sehubungan itu Mohd. Ali mahu jawatankuasa promosi mengambil langkah segera untuk meningkatkan usaha bagi mempromosikan Sukan Malaysia, kerana temasya tersebut wajar menjadi yang terbaik berbanding sebelum ini.

Usaha tersebut katanya, tidak melibatkan peruntukan yang besar jika ia dapat dilakukan dengan mendapat kerjasama daripada syarikat-syarikat swasta di negeri ini.

Beliau berkata, risalah boleh digunakan sebagai medium paling murah dan tidak memerlukan perbelanjaan yang besar sebagai langkah awal kerana ia boleh diedarkan di jabatan-jabatan kerajaan, syarikat swasta, kawasan tumpuan pelancong, restoran dan hotel.

''Selain itu kerjasama juga boleh dijalinkan dengan syarikat bas ekspres dan teksi di negeri ini tanpa bayaran iklan dikenakan untuk tujuan promosi," ujarnya.

Katanya, tanpa promosi menyeluruh tidak mungkin Sukan Malaysia yang akan diadakan Jun ini, mampu menjadi temasya paling meriah dan terhebat pernah diadakan.

Mengenai Karnival Sukan Malaysia Ke-13 Mohd. Ali berkata, beliau memuji usaha yang dijalankan oleh pihak pengurusan Menara Taming Sari bagi menyemarakkan temasya tersebut.

Karnival dua hari yang berlangsung di perkarangan menara tersebut menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan hiburan, pertunjukan silap mata, persembahan kebudayaan, demonstrasi pertahanan diri wanita dan 40 gerai menjual pelbagai produk.

Sumber: Utusan

Comments