Tembelang BN Pecah

Ketua Wanita KeADILan mengetuai demo bantahan kenaikan harga gula
KUALA LUMPUR : Tidak sampai 6 bulan slogan 1Malaysia- Rakyat Didahulukan, Pencapaian yamg di diuar-uarkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunjukkan dengan jelas wajah sebenar dan sikap pemerintah yang khianat terhadap amanah yang telah diberikan rakyat. 
"Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan kepenggunaan (KPDNKK) menaiikan harga gula dan menarik balik subsidi terhadap roti putih jelas menunjukkan sikap sebenar BN," tegas Ahli Parlimen Ampang, Hajjah Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi wartawan Era Pakatan. 
Menurut beliau, dengan keadaan ekonomi dunia yang masih meleset, Kerajaan BN sepatutnya melindungi kehidupan rakyat Malaysia yang selama ini bekerja keras dan membayar cukai untuk tujuan pembangunan negara.
" Begitu juga hasil minyak yang dibayar royalti oleh Petronas kepada Kerajaan Malaysia bagi pihak semua rakyat negara ini seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat," jelas Zuraida. 
Beliau berkata, BN dilihat mengambil mudah kesan kenaikan harga gula dan roti putih terhadap kehidupan rakyat. Gula merupakan bahan penting dalam semua jenis makanan di negara ini dan kenaikan harganya akan menyebabkan kenaikan harga makanan lain secara keseluruhan.  
Sikap cuai Kerajaan BN ini adalah sama dengan tindakan mereka menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen tidak lama dulu, yang diikuti dengan kenaikan harga barang secara mendadak. 
"Walaupun selepas itu harga minyak dikurangkan, ia tidak berupaya memberi impak menurunkan harga barang. Rakyat terus teraniaya di bawah Kerajaan Barisan Nasional.  Nampaknya Kerajaan BN tidak belajar dari kesilapan lampau dan terus bermaharajalela menekan rakyat jelata," jelas beliau lanjut kepada Era Pakatan. 
 
Belum sampai enam bulan slogan 1Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian diuar-uarkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah menunjukkan dengan jelas, wajah sebenar dan sikap pemerintah yang khianat terhadap amanah yang telah diberikan rakyat.

"Keputusan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menaikkan harga gula dan menarik balik subsidi ke atas roti putih jelas menunjukkan sikap sebenar BN," kata Ahli Parlimen Ampang, Hajjah Zuraida Kamaruddin ketika dihubungi Era Pakatan di sini, hari ini.

Menurut beliau, dalam keadaan ekonomi dunia yang masih meleset, kerajaan BN sepatutnya melindungi kehidupan rakyat Malaysia yang selama ini bekerja keras dan membayar cukai untuk tujuan pembangunan negara.

"Begitu juga hasil minyak yang dibayar royaltinya oleh Petronas kepada kerajaan bagi pihak semua rakyat ini, seharusnya digunakan untuk kepentingan rakyat," kata Zuraida.

Beliau berkata, BN dilihat mengambil mudah terhadap kesan kenaikan harga gula dan roti putih ke atas kehidupan rakyat.

"Gula adalah bahan penting dalam semua jenis makanan di negara ini dan kenaikan harganya akan menyebabkan kenaikan harga makanan lain secara keseluruhan," katanya.

Tambah beliau, sikap cuai kerajaan BN ini adalah sama dengan tindakan mereka menaikkan harga minyak sebanyak 70 sen tidak lama dulu yang kemudian diikuti dengan kenaikan harga barang secara mendadak.

"Walaupun selepas itu harga minyak dikurangkan, ia tidak berupaya memberi impak menurunkan harga barang. Rakyat terus teraniaya di bawah kerajaan Barisan Nasional. Nampaknya mereka tidak belajar daripada kesilapan lampau dan terus bermaharajalela menekan rakyat jelata," kata beliau.

Comments