Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Friday, 1 January 2010

SPR Sudah Nyanyuk

Cadangan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk meminda peraturan pilihanraya dilihat sebagai cadangan 'kosmetik' untuk mencantikkan imej suruhanjaya itu. Cadangan itu disuarakan agar SPR dilihat sentiasa aktif dan berfikir untuk pilihanraya.

Hal ini disuarakan Dr Mohd Hatta Ramli ketika dihubungi Era Pakatan.

Menurut beliau, cadangan itu hanya membuang masa sedangkan banyak lagi perkara penting yang boleh dibangkitkan SPR bagi menjamin ketelusan SPR. Bagi beliau, tiada apa-apa masalah dalam tempoh penamaan calon itu melainkan SPR mempunyai agendanya yang tersendiri dalam menambah seri suruhanjaya itu.

"Cadangannya tak raleven. Saya khuatir SPR buat idea-idea baru untuk menunjukkan kononnya mereka sentiasa berfikir. Banyak lagi perkara lebih mendesak yang boleh dilakukan seperti isu penggunaan dakwat, undi pos, dan pengundi hantu seperti yang dibangkitkan banyak pihak sebelum ini," jelas Dr Hatta lagi.

Mengulas lanjut penggunaan dakwat dalam pilihanraya, Dr Hatta berkata, SPR tidak seharusnya melupakan hasrat mereka untuk menggunakan dakwat itu. SPR dilihat tidak memandang serius isu ini bagi menjamin ketulusan dan demokrasi dalam pilihanraya.

"Satu ketika dahulu, kita dengar penggunaan dakwat ini hendak diadakan. Dakwatnya juga sudah dibeli. Namun, akhirnya dakwat itu dilupuskan. SPR bagi alasan terdapat peruntukan yang menghalang untuk dilaksanakan perkara ini. SPR sharusnya serius dalam isu ini," jelas Dr Hatta lagi.

Terdahulu, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan sebagai berkata tempoh proses penamaan calon selama tiga hari dan mengadakan tempoh bertenang selama 24 jam adalah antara yang akan dipinda bagi membendung kekecohan dan keganasan yang ditimbulkan oleh penyokong parti-parti bertanding.

3 comments:

Anonymous said...

Sebut jer SPR ni dak sekolah pun meluat. Tak payah lah ulas panjang sgt...

Anonymous said...

Sebut jer SPR ni dak sekolah pun meluat. Tak payah lah ulas panjang sgt...

CEO SPR said...

bengong SPR