Pengeboman Gereja : “Kenapa Tangkapan Belum Dibuat?”

Sikap berlengah pihak polis yang tidak membuat sebarang tangkapan ke atas suspek yang dikenalpasti sebagai pengebom gereja, akan mencalarkan imej polis dan Menteri Dalam Negeri, sekali gus mengundang prasangka buruk rakyat ke atas badan penguatkuasa itu.


"Datuk Hishammuddin Menteri Dalam Negeri telah menyatakan bahawa polis sudah pun mengenal pasti siapa yang terlibat, tetapi masih belum membuat apa-apa penangkapan.

"Saya bimbang, jika dibiarkan hal ini tanpa penangkapan segera, tidak mustahil akan lebih banyak kejadian seumpama ini akan berulang. Ini yang menghairankan saya. Kalau Datuk Hishammuddin kata, mereka sudah mengnenal pasti siapa yang melakukannya, apa yang susah sangat nak tangkap?" kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam suatu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah beliau, Umno mungkin kian terdesak dan sedang mencuba sedaya upaya untuk membersihkan imejnya yang tercalar.

"Umno nampaknya begitu tertekan dan defensif dalam menghadapi kesan daripada provokasi mereka sendiri ke atas isu penggunaan kalimah Allah termasuk tragediu pengeboman dan pembakaran gereja Kristian.

"Umno sedang mencari jalan bagaimana untuk melepaskan diri daripada keadaan tersepit bagi membolehkan mereka menerkam mangsanya, ibarat pepatah Melayu melepaskan anjing tersepit," kata beliau.

Mahfuz berkata, beliau tidak menolak berhubung kemungkinan kerajaan akan mengisytiharkan darurat selepas berlakunya ketegangan demi ketegangan, ekoran berlakunya beberapa siri pengeboman ke atas gereja mutakhir ini.

"Mungkinkah Umno dengan kerjasama pihak berkuasa sedang berusaha memujuk orang yang telah dikenal pasti itu untuk membuat pengakuan bahawa mereka adalah ahli atau penyokong PR khasnya PAS.

"Tak mustahil apa yang saya jangkakan ini boleh berlaku kerana Umno berhempas pulas untuk membebas diri mereka daripada keadaan defensif kepada ofensif.

"Saya sangat hairan, kenapa sehingga kini masih belum ada lagi penangkapan-penangkapan ke atas mereka yang dikatakan telah melakukan pengeboman dan pembakaran gereja," kata beliau.

Dalam perkembangan lain Penyelaras Suara Rakyat Malaysia (Suaram) Lucas Yap Heng Lung mengutuk polis di atas kegagalan badan penguatkuasa itu dalam menyelesaikan kes serangan ke atas lapan buah gereja sejak 8 Januari lalu.

"Hingga kini polis masih tak dapat mengesan pihak-pihak yang terlibat dalam tindakan keganasan ke atas gereja, tempat ibadat dan kawasan persekolahan.

"Walaupun Ketua Polis Kuala Lumpur Muhammad Sabtu Osman menyatakan bahawa lebih dua orang suspek terlibat dalam kes kebakaran gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, sehingga hari ini, lebih tiga hari selepas insiden pertama berlaku, masih tidak seorangpun suspek yang telah dikenalpasti dan ditangkap.

"Namun begitu, polis belum mengambil sebarang tindakan serius serta memgumumkan langkah penyelesaian atau pencengahan bagi menghentikan kes keganasan yang berlaku di tempat-tempat ibadat atau pun sekolah," kata Yap.

Comments

Bah Lontok said…
Bah sangat menyokong pendirian pemimpin2 PAS terutamanya Tn Guru Hj Nik Aziz berkenaan sokongan terhadap kejayaan perjuangan 'Herald the Catholic Weekly'.

Terlalu lama perkara perjuangan ini untuk diselesaikan, setelah selesai dengan keputusan Mahkamah membenarkan 'Herald' mengunakan perkataan "ALLAH" dan juga diterbitkan dalam Bahasa Melayu, banyak pehak pula yang menentang nya sampai ada yang bom atau bakar gereja.

Hanya Pemimpin2 PAS sahaja yang nampak bersetuju. Maka dengan ini pehak pendakwah Catholic akan lebih memudahkan tugas2 dakwah nya dikalangan kaum kami. Ada kemungkinan lebih ramai yang minat agama Catholic kerana ianya dianggap lebih kurang sama saja dengan Islam, bahkan ianya lebih senang kerana tidak banyak yang perlu dipelajari.

Selain dari itu bab makan minum pun tidak berubah boleh makan dan minum semua nya. Kerana tidak ada halal atau haram dalam segi pemakanan. Kejayaan 'Herald' ini akan memberi kan lebih ramai kaum asli memeluk agama Catholic.