Nizar 3, Zamri 1, Berkecuali 1?



KUALA LUMPUR : Menteri Besar Perak seolah-olah sudah ditentukan jawapannya apabila ada yang mengatakan bahawa 5 orang daripada panel hakim tersebut, 3 orang memilih Nizar, 1 memilih Zambry manakala seorang lagi mengambil sikap berkecuali.
"Keputusan ini begitu mengejutkan serta menakutkan Barisan Nasional (BN) sehingga perlu dilakukan sesuatu bagi memperbetulkan keputusan itu sebelum diumumkan," kata penulis blog, Azizul Nizam dalam blognya, ajijoi.blogspot.com.
Beliau dalam blognya mempersoalkan selama 3 bulan keputusan itu dipendam daripada pengetahuan rakyat Malaysia khususnya Perak, mengapa tiba-tiba tarikh 9 Februari dipilih untuk mengumumkan keputusan yang dinanti-nantikan selama ini?
"Bagi saya, selama 3 bulan ini, BN terutamanya Umno Perak mengatur strategi dalam menghadapi kemungkinan pembubaran Dun yang sudah pasti tidak dapat dihalang lagi. 
"Selama 3 bulan inilah segala jentera kerajaan, media perdana dan kerja-kerja 'underground' diatur bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada mereka. Kesemua sumber kewangan negeri juga dipergunakan sepenuhnya bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancarnya," jelas beliau. 
Bagi Azizul, ini memberi petanda Umno dan BN telah bersiap sedia dalam semua perancangan mereka untuk tetap berkuasa di Perak samada cara 'by hook or by crook'.
Menteri Besar Perak seolah-olah sudah ditentukan jawapannya apabila ada pihak yang menyatakan bahawa lima orang daripada panel hakim tersebut, 3 orang memilih Nizar, 1 memilih Zambry manakala seorang lagi mengambil sikap berkecuali.
"Keputusan ini begitu mengejutkan serta menakutkan Barisan Nasional (BN) sehingga perlu dilakukan sesuatu bagi memperbetulkan keputusan itu sebelum diumumkan," kata seorang penulis blog, Azizul Nizam dalam blognya, ajijoi.blogspot.com.
Menerusi blognya, beliau mempersoalkan, selama 3 bulan keputusan itu dipendam daripada pengetahuan rakyat Malaysia khususnya Perak, mengapa tiba-tiba tarikh 9 Februari dipilih untuk mengumumkan keputusan yang dinanti-nantikan selama ini?
"Bagi saya, selama tiga bulan ini, BN terutamanya Umno Perak mengatur strategi dalam menghadapi kemungkinan pembubaran Dun yang sudah pasti tidak dapat dihalang lagi.
"Selama tiga bulan inilah segala jentera kerajaan, media perdana dan kerja-kerja 'underground' diatur bagi memastikan sokongan rakyat kembali kepada mereka. Kesemua sumber kewangan negeri juga dipergunakan sepenuhnya bagi memastikan misi ini berjalan dengan lancarnya," kata beliau.
Bagi Azizul, ini memberi petanda Umno dan BN telah bersiap sedia dalam semua perancangan mereka untuk tetap berkuasa di Perak samada cara 'by hook or by crook'.

Comments

Putra IJ80 said…
Dan...selama itu juga lah kita di hidangkan dgn berbagai bagai masaalah yang sengaja di bangkitkan ole puak puak Amneo dan paling terakhir isu Kalimah Allah, yg membawa pertelingkahan antara Adun Kulim dgn Shah Alam.

Orang Cina di Perak tidak berubah,Melayu Kekal yg.menyokong Umno tetap itu juga lah orang orang nya dan sebalik nya.

Tapi kaum India sudah banyak berubah pendirian.,,mereka terlalu mudah termakan gula gula pemerintah.