Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Wednesday, 20 January 2010

Mafrel Sah Bantu Pro-M Pantau PRK

Sebuah badan bebas pemantau pilihan raya, Malaysians for Free and Fair Election (Mafrel) disahkan akan turun membantu Pro-Mahasiswa (Pro-M) bagi memastikan perjalanan pilihan raya kampus (PRK) pada hujung bulan ini berjalan lancar.

Jurucakap Gabungan Mahasiswa Bantah E-Undi (Bantah) Mohd Ridzuan Othman berkata, hasil kesepakatan bersama Mafrel, maka badan itu bersetuju untuk menjadi badan bebas untuk memantau perjalanan PRK kali ini.

"PRK sudah bermula dan ia adalah suatu permulaan yang baru bagi universiti yang akan mengunapakai sistem e-undi. Ia sekali gus menukar corak demokrasi kampus buat mahasiswa.

"Sistem e-undi ini baru diperkenal di Universiti Malaya (UM) yang dijadualkan pada 28 Januari ini. Tapi kami akan berterusan mendesak pemansuhan sistem ini kerana meragui ketelusan pihak yang menyelenggara sistem tersebut," tambah beliau lagi.

Menurut Mohd Ridzuan, pihaknya akan memantau sistem e-undi yang dijalankan di Universiti Islam Antarabangasa Malaysia (UIAM) agar tiada manipulasi dan 'tangan-tangan ghaib' yang akan mencalarkan sistem demokrasi kampus, sama ada di UM dan UIAM.

"Bantah akan memastikan bahawa perjalanan PRK kali ini tiada lagi sebarang keraguan terhadap undi mahasiswa," tambah beliau.

0 comments: