Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Thursday, 21 January 2010

Lagi Wakil Rakyat BN Ponteng



Mungkinkah budaya ponteng dikalangan wakil rakyat BN merupakan tabiat mereka atau wujud bentuk protes berterusan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak?

Jika dalam tragedi 14 Disember 2009 menyaksikan sejumlah besar daripada Ahli Parlimennya (MP) ponteng di Dewan Rakyat, situasi itu nampaknya gagal dijadikan iktibar oleh mereka samada sengaja atau buat-buat lupa, tidak pula diketahui.

Terbaru, tiga MP BN ponteng lagi dan kali ini melibatkan lawatan pemimpin dari luar negara yang gagal disambut oleh mereka sehingga menyaksikan pemimpin dari Korea itu menyindir sikap berkenaan.

Ketiga-tiga MP itu ialah  MP Pulai, Nur Jazlan Mohamed; MP Sabak Bernam, Abd. Rahman Bakri dan MP Putatan, Marcus Mojigoh yang sepatutnya hadir bagi mewakili BN bagi menyambut kunjungan hormat Naib Speaker Parlimen Korea Selantan, Moon Hee Sang ke Parlimen semalam.

Malah Moon Hee Sang turut memuji kehadiran MP Pakatan Rakyat (PR) seperti yang diakui oleh Timbalan Yang Dipertua (TYDP) Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee.

“Lebih memalukan, ketiadaan wakil BN itu dipersoalkan oleh Hee Sang kerana hanya wakil pembangkang sahaja yang hadir iaitu Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong dan ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Loon.

“Ia menjadi ketara kerana rombongan Korea Selatan itu terdiri daripada wakil kerajaan dan pembangkang,’’ tegasnya Kiandee.

Terdahulu, dalam tragedi 14 Disember tahun lalu, sejumlah 74 daripada 137 MP BN ponteng di Dewan Rakyat yang menyaksikan Bajet 2010 hanya diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi.

Undi kemenangan BN itu termasuklah melalui bosnya, Najib Razak bersama timbalannya, Muhyiddin Yasin yang hadir dalam keadaan tergesa-gesa pada malam itu.

Lebih menarik, MP PR berjaya mencatatkan kehadiran 78 peratus berbanding BN hanya 48 peratus.

Turut ponteng pada malam pengundian itu ialah sejumlah besar Menteri bersama timbalan menteri.

Mengikut konvensyen yang diamalkan di negara lain, termasuk negara Komanwel, Parlimen akan dibubarkan dan Perdana Menteri boleh digantikan jika bajet nasional tidak diluluskan.

Selepas peristiwa itu, Najib kononnya mahu menghukum anak buahnya yang ponteng itu namun sehingga kini tindakan itu gagal dilaksanakan.

Untuk rekod, ini merupakan kali ke dua MP Pulai, Nur Jazlan Mohamed dan MP Putatan, Marcus Mojigoh ponteng selepas perangai sama ditonjolkan pada sesi Dewan Rakyat 14 Disember lalu.

1 comments:

Anonymous said...

gara-gara nak lompatlah tu.