Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Friday, 22 January 2010

Doktor Pun Sudah Tolol

Hari ini kebanyakkan doktor sudah tidak lagi mesra dengan pesakit. Ada yang muka bengis, tension, mavcam tidak cukup nafkah batin pun ada. Salahkah bagi seorang doktor memberi senyuman kepada pesakitnya. Bagi aku itu tidaklah susah kecuali memang dia tidak belajar ketika belajar dalam bidang perubatan.

Sudah beberapa kali aku ke sebuah klinik yang berdekatan dengan hospital Melaka dan dekat jugalah dengan Stesen Bas Melaka Sentral. Aku tidak tahu apa masalah dengan seorang doktor ini yang kononnya lulusan perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Doktor ini seorang perempuan dan nak kata muda pun nampak macam dah tua. Macam nak mati aku tidak mahu komen. Setiap kali aku tengok dia layan pesakit macam tidak ikhlas. Muka asyik nak marah. Tidak tahu lah aku akan doktor ini cukup nafkah batin atau tidak atau kedatangan bulannya yang sangat panjang.

Bila sampai tahap untuk buat pemeriksaan maka doktor ini pun bertanya kepada pesakitnya. Maka si pesakit memberitahu bahawa dia demam dan selsema. Selepas dibuat pemeriksaan doktor itu kata bahawa pesakit itu tidak demam sedangkan pesakit itu hampir separuh pengsan. Maka pesakit itu memohon untuk dapatkan surat cuti. Doktor itu kata saya tidak boleh bagi surat cuti sebab awak tidak demam.

Betapa bangang dan bodohnya seorang doktor jika beri alasan sebab tidak demam maka tidak dapat surat cuti sedangkan pesakit tersebut tidak dapat melaksanakan tugasnya dengan baik kerana selsema. Pesakit itu memberitahu doktor tersebut bahawa dia tidak boleh terkena habuk. Jika terkena habuk maka dia akan mengalami alahan yang menyebabkan selsema. Alasan doktor tadi mengatakan jika awak demam baru saya bagi surat cuti.

Bodoh betul seorang profesional yang bergelar doktor. Dalam kes yang berasingan ada seorang pekerja kilang terlibat dalam kemalangan motosikal. Dia telah dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan. Lukanya juga amat parah tetapi doktor hanya memberi cuti sakit hanya sehari sahaja sedangkan pekerja tersebut tidak dapat melakukan kerja. Aku tidak tahu apa jenis doktor sehinggakan pesakit yang kemalangan pun dia suruh datang kerja.

Lagi sial perangai doktor ini. Hari ini mungkin dia tidak demam atau kemalangan dan sebab itulah dia tidak merasai sakit atau patah sana-sini. Bagaimana tangan yang cedera parah dalam kemalangan disuruh datang kerja. Memang betul-betul sial doktor ini.Inilah doktor yang dikatakan doktor satu Malaysia.

0 comments: