Aziz Bari terima Surat Amaran dari UIA

KUALA LUMPUR, 2 Januari : Penganalisis politik terkemuka, Profesor Dr Aziz Bari menerima surat amaran dari pihak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi menghalang beliau menghadiri forum 'Bantah E-Voting' anjuran Mahasiswa Universiti Malaya (UM). Sebelum itu Aziz Bari telah 2 kali memberi pengesahan kepada pihak penganjur untuk menghadiri forum tersebut.
Hal ini dijelaskan pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting , Mohd Aizat Mohd Saleh dalam satu sidang media selepas forum bantah E-Voting (BANTAH) berlangsung.
Petang sebelum forum tersebut dilangsungkan pihak pengurusan forum bantah E-Voting telah menerima email dari Aziz bari yang menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat hari dalam forum berkenaan.
"Amaran yang diterima Aziz Bari merupakan satu lagi pencabulan demokrasi dalam kampus. Pihak atasan cuba campurtangan dalam program ini sehinggakan aziz bari yang juga pensyarah UIA dikenakan tindakan. Pencabulan ini bukan berlaku kepada mahasiswa tetapi juga turut berlaku kepada ahli akademik," jelas Mohd Aizat.
Aziz Bari dalam emailnya memohon maaf kepada pihak pengurusan forum berkenaan kerana telah menerima surat amaran dari UIA beberapa hari lalu. Beliau juga menegaskan yang ini merupakan kali pertama beliau terpaksa menolak undangan yang telah diberikan.
"Publisiti yang agak negatif beberapa hari lalu ditambah dengan surat amaran dari UIA meletakkan saya dalam keadaan serba salah. Mungkin elok saya low-profile sedikit dalam tempoh terdekat ini. Oleh kerana saya bukan ahli politik dan masih bekerja sepenuh masa dengan pihak berkuasa tertentu sukar untuk saya berbuat seperti beliau," jelas Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang UIA dalam emailnya.
Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula. Beliau juga didakwa “ditekan oleh pentadbiran”.
Majlis yang mendapat tentangan hebat pihak Timbalan Naib Canselor universiti berkenaan sebelum ini ditarik permit pelaksaan program oleh pihak APIUM. Pihak fakulti juga tidak membenarkan program dijalankan di dalam Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam (API), Universiti Malaya seperti yang dirancang. Namun forum tetap dilaksanakan dengan baik di perkarangan luar dewan kuliah utama API.
Majlis yang berlangsung kira-kira jam 9 malam semalam dihadiri hampir 300 Mahasiswa untuk mendengar forum terbuka bagi membincangkan aplikasi E-Voting dalam pilihanraya kampus. Antara ahli panel yang diundang adalah Ahli parlimen Teja (MP) Chang Lih Kang, Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd Shafie Hasyim dan Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Shazni Munir Ithnin.

Penganalisis politik terkemuka, Profesor Dr Aziz Bari menerima surat amaran dari pihak Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bagi menghalang beliau menghadiri forum 'Bantah E-Voting' anjuran Gabungan Mahasiswa bantah E-Voting (BANTAH). Sebelum itu Aziz Bari telah 2 kali memberi pengesahan kepada pihak penganjur untuk menghadiri forum tersebut.

Hal ini dijelaskan pengerusi Gabungan Mahasiswa Bantah E-Voting , Mohd Aizat Mohd Saleh dalam satu sidang media selepas forum bantah E-Voting berlangsung.

Petang sebelum forum tersebut dilangsungkan pihak pengurusan forum bantah E-Voting telah menerima email dari Aziz bari yang menyatakan kekesalannya kerana tidak dapat hari dalam forum berkenaan.

"Amaran yang diterima Aziz Bari merupakan satu lagi pencabulan demokrasi dalam kampus. Pihak atasan cuba campurtangan dalam program ini sehinggakan aziz bari yang juga pensyarah UIA dikenakan tindakan. Pencabulan ini bukan berlaku kepada mahasiswa tetapi juga turut berlaku kepada ahli akademik," jelas Mohd Aizat.

Aziz Bari dalam emailnya memohon maaf kepada pihak pengurusan forum berkenaan kerana telah menerima surat amaran dari UIA beberapa hari lalu. Beliau juga menegaskan yang ini merupakan kali pertama beliau terpaksa menolak undangan yang telah diberikan.

"Publisiti yang agak negatif beberapa hari lalu ditambah dengan surat amaran dari UIA meletakkan saya dalam keadaan serba salah. Mungkin elok saya low-profile sedikit dalam tempoh terdekat ini. Oleh kerana saya bukan ahli politik dan masih bekerja sepenuh masa dengan pihak berkuasa tertentu sukar untuk saya berbuat seperti beliau," jelas Aziz Bari yang juga pensyarah undang-undang UIA dalam emailnya.

Terdahulu, pakar sistem komputer dari Universiti Malaya, Dr Chiew Thiam Kian yang sebelumnya bersetuju menjadi panelis juga menarik diri seminggu sebelum program bermula. Beliau juga didakwa 'ditekan oleh pentadbiran'.

Majlis yang mendapat tentangan hebat pihak Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya (UM) sebelum ini ditarik permit pelaksaan program oleh pihak Akademi Pengajian Islam, UM (APIUM). Pihak fakulti juga tidak membenarkan program dijalankan di dalam Dewan Kuliah Utama, APIUM seperti yang dirancang. Namun forum tetap dilaksanakan dengan baik di perkarangan luar dewan kuliah utama APIUM.

Comments