Sebenarnya Bukan Taat Tapi Kaki Kencing


Merujuk kepada akhbar penfitnah fikiran rakyat, Utusan Malaysia hari ini 15 Disember 2009 yang bertajuk ”Lapor polis sebab taat kepada Sultan Perak – Saksi”

Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini walaupun beliau merasa sedih dan tidak puas hati apabila pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan negeri Perak selepas pilihan raya umum lalu tetapi ia bukan tujuan utama laporan polis dibuat terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Azmil Khusaini Khalid, 42, berkata, tujuan utamanya ialah kerana Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkenaan mempersoalkan kuasa Sultan Perak yang memperkenankan pelantikan Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar yang baru.

Betul ke Azmil Khusaini Khalid yang mewakili Setiausaha Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak mahu membela institusi raja-raja atau bersifat mengencingkan media atau media UMNO itu sendiri yang dikencingnya.

Azmil Khusaini perlu sedar bahawa sebenarnya UMNO lah yang merosakkan institusi raja-raja Melayu. Karpal Singh itu hanya sebagai umpan sahaja baginya kerana mereka mahu tunjuk merekalah wira membela raja-raja Melayu. Orang PAS dengan PKR tidak bela rakja Melayu ke?

Begitu sempit pemikiran orang UMNO ini. Alasan yang diberikan bukan kerana mewakili UMNO sebaliknya membela sultan. Tetapi itu sebenarnya tuduhan politik walaupun ia tidak menggunakan nama UMNO dan UMNO sendiri menderhakai sultan dan sebab itulah tidak menggunakan nama UMNO. Berikut ialah teks dari Azmil Khusaini.

''Saya buat laporan polis atas taat setia saya pada Sultan Perak dan bukannya kerana UMNO,'' katanya yang juga Ketua UMNO Cawangan Pinji Selatan, Perak ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badarudin.

Jika teks tersebut adalah tidak tepat jangan salahkan saya kerana saya petik itu dari utusan. Kalau salah, salahkan utusan kerana utusan juga adalah pengencing rakyat dalam menyebarkan fitnah.

Comments