Rakyat Malaysia Patut Boikot Petronas


Semenjak akhir-akhir ini kerajaan pusat agak keberatan mahu bekerjasama dalam menyelesaikan isu royalti minyak Kelantan sebaliknya banyak dolak-dalih yang diberikan oleh pemimpin kerajaan dengan memberikan wang ehsan kepada Kelantan.

Kerajaan Kelantan mahukan hanya 5% sahaja dari hasil petroleum dan itu pun termaktub dalam perjanjian petronas dengan negeri-negeri pengeluar minyak. Adakah susah bagi kerajaan untuk melunaskan royalti kepada Kelantan? Bukan kepada Kelantan sahaja tetapi tidak kira mana-mana negeri pengeluar petroleum.

Kepada kerajaan yang tidak mahu memberikan royalti kepada Kelantan, eloklah diboikot sahaja penggunaan bahan api keluaran petronas. Gunakan bahan api dari stesen selain petronas agar kerajaan sedar bahawa rakyatKelantan bukan anjing yang perlu ditindas.

Bukan apa, hasil kerajaan pun datang dari petronas. Oleh sebab itu petronas harus diboikot demi menjamin bahawa rakyat dari negeri pengeluar minyak sepatutnya menerima wang royalti dan bukannya wang ehsan seperti peminta sedekah sebaliknya wang royalti itu seperti zakat.

Comments