Rakyat Kelantan Boikot Petronas?


Ekoran tindakan kerajaan pusat yang bermain wayang mengenai wang royalti hak rakyat Kelantan, sebahagian rakyat Kelantan tidak mengguakan stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak sebaliknya menggunakan stesen minyak asing. Ada yang berpendapat minyak keluaran Petronas tidak bermutu dan prestasi kurang meyakinkan.


Kedegilan kerajaan pusat yang suka ’menyakiti’ rakyat Kelantan dengan pelbagai alasan untuk memberikan royalti sebaliknya mengatakan Kelantan tidak layak mendapat hak royalti sebaliknya wang ehsan. Jahil sungguh mereka sehinggakan tidak dapat bezakan wang ehsan dan royalti.


Mana janji-janji pemimpin UMNO yang menagatkan akan membela Melayu? Butakah mereka bahawa negeri yang populasi ramai Melayu adalah Kelantan. Populasi rakyat Kelantan yang beragama Islam dan Melayu adalah sekitar 95 peratus. Betapa bodohnya UMNO jika hanya melaungkan slogan ”Hidup Melayu” sedangkan UMNO sendiri tunggu masa untuk mampus.


Maka dengan ini rakyat Kelantan harus bangkit menolak penggunaan minyak keluaran petronas sebagai tanda protes mereka akibat kedangkalan pemimpin kerajaan BN di bawah pentadbiran Najib Altantuya Abdul Sharibuu. Slogan sesuai untuk menunjukkan protes adalah ”Rakyat Melayu Kelantan Bukan Milik UMNO, Pencapaian UMNO Kerana Pembunuhan Karakter Politik Didahulukan”.

Comments

Unknown said…
Saya isi minyak kereta di Stesen Minyak Petronas. Saya singgah solat waktu di Stesen Minyak Petronas terutama waktu solat maghrib, Saya singgah buang air di Stesen Petronas sebab Stesen Minyak Petronas tak kedekut bilik air sentiasa buka bilik air lelaki dan wanita sebaliknya Stesen Minyak yang lain buka bilik air 1 sahaja - kadang-kadang rosak, Tiada bilik sembahyang. Walau besar mana stesen-stesen minyak lain tiada bilik solat tetapi walau sekecil mana stese-stesen Petronas ada bilik solat. Tetapi, tetapi tak semua jemaah surau stesen Petronas isi minyak di Stesen Minyak Petronas. Terima kasih atas balasan budi Tuan/Puan