Thursday, 24 December 2009

Malaysia Akan Dilanda Tsunami


JIKA gempa berlaku di Pulau Siberut dan mencetuskan tsunami, rakyat Malaysia di kawasan pantai barat Semenanjung hanya ada masa tidak sampai empat jam untuk menyelamatkan diri.

Satu gempa bumi sekuat 8.6 pada skala Richter diramal berlaku di bawah Pulau Siberut, Sumatera Barat dengan mencetuskan gelombang tsunami yang boleh menyamai tragedi di Aceh yang mengorbankan hampir 230,000 nyawa pada 2004.

Berdasarkan ramalan pakar-pakar geologi, gempa itu boleh berlaku pada bila-bila masa mulai sekarang hinggalah untuk tempoh dua dekad akan datang.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi, Dr. Mohd. Rosaidi Che Abas berkata, gempa sekuat itu boleh menyebabkan tsunami yang mengancam kawasan Pantai Barat Semenanjung Malaysia terutama Melaka dan Johor.

Data Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa itu terjadi pada pukul 8.11 pagi dengan pusatnya di kedalaman 10km pada lokasi kira-kira 56km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

Gempa susulan yang berkekuatan 5.3 SR pula berlaku pada pukul 8.47 pagi di kedalaman 25km pada lokasi 46km ke tenggara Pulau Siberut-Mentawai.

Sumber: http://kijangproperties.blogspot.com/2009/12/ancaman-gempa-sekuat-86-skala-richter.html

0 Komen: