Tahukah Anda Siapa Ahli Parlimen Penakut?


Sebagai wakil rakyat seharusnya kena berani berdepan dengan pihak lawan tetapi sebaliknya dalam Barisan Nasional ada wakil rakyat paling pengecut dan takut bila berdepan dengan wakil rakyat daripada wakil Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen BN Tasek Gelugor, Tan Sri Nor Mohamed paling takut berdebat kerana langsung tidak memberi ruang dan peluang kepada sesiapa pun ketika membahaskan usul memohon gaji menteri di Jabatan Perdana Menteri dipotong sebanyak RM10.

Kena potong RM10 pun telah menjadi kerisauan kepada beliau tetapi ahli parlimen BN tidak sedar yang selama ini mereka merembat duit rakyat lebih banyak dari jumlah yang dimohon ketika perbahasan dalam parlimen. Begitu risau beliau akan gajinya dipotong.

Beliau bolehlah dikatakan membahas dengan syok sendiri kerana tidak memberi peluang dan bercakap kepada orang lain sebaliknya bercakap seorang diri. Bila bercakap seorang diri tanpa mendengar pandangan orang lain itu dinamakan kurang waras atau lebih tepat lagi sebagai gila. Pernahkah saudara melihat orang bercakap seorang diri dan buat keputusan seorang diri?

Beliau berwajah selamba dan terus membaca teks perbahasan dan tidak menghiraukan permintaan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang meminta laluan untuk penjelasan hampir 40 kali. Barang kali ahli parlimen ini baru pertama kali masuk Dewan Rakyat atau beliau tidak pernah bergaul dengan masyarakat menyebabkan beliau agak keseorangan.

Comments