SPRM Dibaling Molotov Cocktail, JPJ Dibaling Batu

Sebelum ini bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dibaling dengan bom molotov cocktail menyebakan kerosakan pada kenderaan SPRM. Dan hari ini pula anggota JPJ dibaling dengan batu oleh orang yang tidak dikenali.

Dua anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang cedera selepas seorang pembonceng motosikal membaling batu ke arah kereta pacuan empat roda mereka di Jalan Sungai Bakap.

Pemandu kereta peronda JPJ Nur Suhaimi Kamarudin, 27, mengalami kecedaran parah di muka akibat terkena batu dan serpihan kaca manakala rakannya Ruzaizul Ahmad, 29, cedera ringan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari itu kedua-dua anggota JPJ berkenaan sedang melakukan rondaan dari Simpang Ampat ke Sungai Bakap sebelum di serang oleh dua lelaki menaiki motosikal.

Dua lelaki dari arah bertentangan itu tiba-tiba bertindak membaling batu menyerupai saiz batu bata ke arah cermin hadapan pacuan empat roda berkenaan.

Ekoran balingan itu, Nur Suhaimi gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan merempuh sebatang pokok di tepi jalan berkenaan.

Pembonceng motosikal itu kemudian bertindak membaling batu sebelum memecut laju ke arah laluan Simpang Ampat.

Nur Suhaimi menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya dan keadaannya kini dilaporkan stabil manakala Ruzaizul dirawat di Hospital Sungai Bakap.


Comments

Admin said…
Lpas ni baling mercun kat FRU lak...