Polis Mahu Jadi Anjing


Tindakan polis mengasari ADUN Pakatan Rakyat ketika mahu menghadiri siding DUN Perak amat memalukan. Apakah tugas polis sebenarnya? Menjaga keaman atau menghuru-harakan keadaan di negeri Perak?

Sejak kebelakangan ini polis sudah tiada kerja untuk dikerjakan. Mereka mahu menjadikan ahli politik adalah penjenayah sedangkan perompak, perogol, pencuri, penyamun, perasuah dan sebagainya masih lagi bermaharajalela.

Polis telah dianjingkan oleh UMNO/BN bagi kepentingan negara. Polis hanya takut bila penyokong bola sepak buat kacau namun ketika keadaan tenteram polislah yang buat kacau. Apa tujuan utama polis? Jangan jadi anjing hitam UMNO/BN. Polis bukannya milik UMNO/BN atau Pakatan Rakyat. Polis hanya menjaga ketenteraman awam bukannya menjaga tepi kain ADUN.

Ini dinamakan tindakan bodoh dan dangkal pihak polis. Mana kerja polis sebenarnya? Bodohnya Musa Hassan mendidik anak-anak buahnya. Polis kena berkecuali dari politik dan bukannya lebih menjadi ahli politik. Kalau mahu berpolitik, tanggalkan sahaja pakaian seragam. Selepas itu masuk medan politik dan berlawan dalam arena politik dan bukannya berpakaian seragam polis.

Ini tindakan yang memalukan. Bukan rakyat Malaysia sahaja yang menonton gelagat polis Malaysia ini macam sarkas namun diperhatikan oleh seluruh dunia. Mana maruah polis Malaysia? Politik is politik and police is police.

Comments