Pembiayaan Tilawah al-Quran Dari Hasil Judi?


Percaya atau tidak itu terpulang kepada pembaca. Negara 1Malaysia merupakan Negara Islam paling banyak mendapat hasil kutipan judi sedangkan Islam melarang perkara yang berkaitan judi, bertenung nasib dan yang berkaitan dengannya. Hasil kutipan judi berjaya dikutip sebanyak RM2.37 bilion pada tahun 2008.

Memang hebat kepimpinan UMNO/BN kerana hasil judi adalah segala-galanya serta membelakangkan agama Islam sebagai agama rasmi yang juga termaktub dalam perlembagaan. Begitulah "kejayaan" negara kita. Bukan sahaja berjaya menganjurkan Musabaqah Al Quran setiap tahun bahkan berjaya mengutip hasil judi berbilion RM.

Macam mana Malaysia mencari hasil untuk negara? Banyak salurannya seperti hasil judi yang kebiasaannya seperti permainan nombor ekor dan pada hari tertentu dinamakan “Special Draw”. Mereka yang berjudi juga terdiri daripada orang Melayu didikan UMNO. Macam mana UMNO mahu tinggalkan yang haram sedangkan yang haram itulah hasil yang kenyangkan perut mereka. Bago mereka yang halal itu halal dan yang haram itu halal. Semua halal bila bersama UMNO/BN.

Tiada diketahui adakah penganjuran Musabaqah pakai duit hasil judi begitu juga dengan pembinaan masjid-masjid di seluruh negara. Elok rasanya pamerkan kejayaan UMNO ini dengan mengadakan memacak billboard gergasi di jalan-jalan utama di seluruh negara. Cantik lagi pacakkan signboard di kawasan masjid-masjid utama seperti Masjid Negara, Masjid Putrajaya dan Masjid Negeri.

Sama seperti signboard "Bahaya Dadah" yang sekarang terpacak di setiap kawasan masjid. Apa yang mahu dimalukan dengan adanya signboard? Minta saudagar-saudagar judi menaja signboard ini. Takkan mereka kedekut. Mereka dah untung berjuta-juta dari hasil judi. Minta Menteri KAGAT dan Ustazah Mashitah ambil tindakan proaktif ini.

Jika tahun 2008 dikenali Tahun Islam Hadhari Pak Lah pun sudah raut keuntungan RM2.37 bilion, berapakah hasil tahun 2009 Tahun 1Malaysia? Sebaik sahaja Najib jadi Menteri Kewangan, beliau telah meluluskan puluhan lesen judi terutama cabutan mingguan. Masa itu Najib belum jadi PM. Bayangkan kini beliau telah jadi PM, tentulah berjoget sakan saudagar judi mendapat"syafaat" Najib!

Comments