Kerajaan Suka Bela Syarikat Biawak Hidup


Kita sering kali mendengar bahawa kerajaan suka mengambil alih projek yang terbengkalai akibat perjalan sistem pengurusan yang tidak cekap dan syarikat ini bolehlah dilabelkan sebagai syarikat biawak hidup. Pernahkah anda melihat gelagat biawak hidup?

Tindakan kerajaan menanggung syarikat biawak hidup ini dalah berikutan kegagalan perniagaan model penswastaan. Sebagai contoh kerajaan terpaksa membayar RM150 juta kepada Indah Water Sdn Bhd apabila perancangan syarikat itu yang pada mulanya tersusun menjadi lintang pukang dan minta diselamatkan akibat kegagalan pengurusan.

Inilah yang dikatakan model penswastaan. Apakah model ini member hasil lumayan sebagai satu asset atau sebagai liability? Sampai bila kerajaan perlu tanggung syarikat yang berstatus biawak hidup ini? Adakah sehingga kerajaan ini tumbang dalam menangani masalah syarikat biawak hidup ini dan adakah kerajaan tidak ada syarikat lain untuk dibantu? Jika ini berlaku, sama lah seperti projek Barisan Nasional yang terbengkalai Cuma bezanya adalah syarikat biawak hidup.

Comments