Kenapa Politikkan Jersi Bola Sepak Kelantan?


Apa sudah jadi dengan Tan Sri Annuar Musa? Kenapa mempolitikkan Bola Sepak Kelantan untuk kepentingan peribadi? Annuar berkata pada musim depan jersi bola sepak Kelantan berwajah baru dengan adanya lambang 1Malaysia serta jersi tersebut ditaja oleh Umbro.

Tahukah Annuar bahawa politik tidak boleh dicampur-adukkan dengan sukan. Tok Guru pernah menasihatkan penyokong Kelantan agar tidak mengibarkan bendera parti (PAS) ketika perlawan bola sepak antara Kelantan dan pasukan lawan sebaliknya mengibarkan bendera negeri (Kelantan).

Nasihat dan teguran Tok Guru kepada peminat dan penyokong Kelantan adalah bertujuan untuk mengelakkan serta menjaga sensitiviti peminat Kelantan yang mana dalam peminat pun bukan semua yang menyokong PAS sebaliknya ada orang UMNO.

Tetapi hari ini Annuar telah membuat kesilapan dengan meletakkan logo 1Malaysia pada jersi Kelantan. Annuar harus ingat bahawa bukan semua orang boleh terima dengan 1Malaysia ini jadi untuk situasi menang-menang letaklah lambing asal iaitu AL HAMRA.

Jangan kerana politik, ramai penyokong yang tidak akan ke stadium untuk menyaksikan perlawan antara Kelantan dan pasukan lawan. Berfikirlah sebelum terjadi apa-apa kepada pasukan Kelantan. Harus diingat, penyokong Kelantan paling fanatik ketika memberi sokongan dan kutipan tiket yang tinggi datang dari peminat. Tiada peminat maka kantung KAFA tidak terisi.

Comments