Jijiknya Ahli Parlimen: Duit Forum Perdana dan Maulidur Rasul Diselewengnya


Sudah tidak ada benda lain ke yang mampu dibuat oleh ahli parlimen BN ini. Duit maulidur rasul dan forum perdana pun mahu dirembat dan disapu bersih. Hari ini ahli parlimen ini didakwa atas tuduhan rasuah bersama dengan lima orang agi yang terlibat dalam kes penyelewengan.

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi program yang tidak wujud. Lapan program itu meliputi bantuan kepada pelajar sekolah, penganjuran forum perdana dan sambutan Maulidur Rasul.

ADUN Sungai Air Tawar, didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu antara 21 Januari hingga 18 Februari tahun lalu. Abd Rahman bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin.

Comments