Jangan Percaya Dengan Ahli Parlimen!


Tidak kiralah sama ada ahli parlimen itu dari Barisan Nasional ataupun dari Pakatan Rakyat. Kenapa masih lagi bersifat tamak dikala rakyat dirudum dengan kejatuhan ekonomi? Adakah sudah lapar duit sehinggakan sanggup jual nama sebagai wakil rakyat.

Ada seorang wakil rakyat dalam parlimen pula masih bodoh dengan keistimewaan yang diberikan kepadanya. Sanggupkah ia melompat dengan tiket yang diberikan kepadanya? Jika mahu melompat, letak jawatan yang dipegang atas tiket parti yang dia bertanding.

Hari ini kita dengar pula masalah ahli parlimen yang terlibat dengan skandal rasuah. Tidak ada muka dan tahu malukah mereka ini.Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri yang mewakili BN telah disabitkan kesalahan menyeleweng dan dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud.

Wakil rakyat UMNO itu, yang juga bekas ADUN Sungai Air Tawar, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000. Selain dari ahli parlimen ini, turut terlibat juga bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu. Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual mendakwa lima orang ahli politik, pembantu mereka, dan seorang pengarah syarikat. Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan. Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan.

Bagaimana rakyat mahu menilai wakil rakyat mereka sedangkan mereka juga ditipu oleh wakil rakyat mereka. Jangan jadi sampah dengan kejijikan serta merosakkan kemulian sebagai wakil yang dipilih rakyat. 1Malaysia adalah satu kerugian kepada rakyat.

Comments