Hishamuddin Mahu Bercakap Tentang Agama


Betul ke apa yang pemimpin UMNO mahu bercakap pasal agama? Jika benar, maka UMNO kena tukar dasar sekularnya kepada pegangan Islam sekiranya benar-benar mahu membawa ajaran Islam. Tetapi adakah ini mustahil? Itu kena tanya dengan Hishamuddin si pengecut.

Hishamuddin kena tahu beza doa untuk kebaikan dengan doa untuk kejahatan. Adakah beliau faham akan maksud doa Tok Guru itu? Inilah padahnya jika UMNO bertuhankan media utusan yang suka menyebar fitnah sama seperti motonya “Penyebar Fitnah Rakyat.”

Doa yang dimaksudkan Tok Guru adalah jelas dan Tok Guru tidak mendoakan keburukkan tetapi sebaliknya untuk kebaikkan dan jika Najib ingkar maka akan berlaku sebaliknya. Doa tersebut adalah seperti berikut:

"Doa yang dimaksudkan itu (kepada Perdana Menteri) hanya meminta Allah memperbetulkan fikiran Perdana Menteri,(Datuk Seri Najib Tun Razak) iaitu beri (royalti) gas dan petrol kepada Kelantan, kalu tak beri juga, bermakna beliau berniat tak baik.

"Niat tak baik itulah yang saya minta dilaknatkan Tuhan tu...," katanya.

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan bahawa tidak salah dari segi agama Islam jika mendoakan seseorang itu dilaknat Tuhan jika mereka mempunyai niat jahat terhadap seseorang lain.

Hari ini Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan tindakan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat itu sebagai tidak masuk akal.

Katanya, perbuatan itu sebenarnya menggambarkan kelemahan dalam pemerintahan Nik Aziz sekaligus menunjukkan perpecahan kritikal di dalam PAS.

"Kita di dalam UMNO bukan mahu mendoakan PAS berpecah tetapi kita bersyukur kerana apa yang PAS tuduh, akhirnya perkara itu terkena tempias kepada mereka (PAS) sendiri.

"Mereka (PAS) tuduh Umno menimbulkan perkara yang boleh pecah belahkan PAS, kita (Umno) yang lagakan pemimpin mereka, tetapi bila kita sabar dalam cara kita bawa diri kita, akhirnya tuhan tunjukkan mereka yang terkena tempias mereka," – Bernama

Jadi dalam hal ini, siapa yang bermasalah sebenarnya, Hishamuddin atau Tok Guru? Hishamuddin tidak pernah berdoa ke? Jangan sampai tidak tahu mana doa kesejahteraan dengan doa keburukkan. Hishamuddin barangkali sudah pening dengan kebaikan dan keburukkan. Tida dapat beza yang yang haq dan batil. Bertaubatlah Hishamuddin.

Comments