Dari Mana BN Bawa Masuk Duit RM1.1 Trilion?


UMNO/BN akan meminda sekurang-kurangnya tujuh Rang Undang-undang pada sidang Parlimen bagi menjaga kepentingan periuk nasi parti itu. Tujuan utama adalah umtuk membawa RM1.1 trilion yang disimpan secara sulit di luar negara untuk memastikan kemenangannya pada beberapa pilihan raya akan datang.

Alah difahamkan dana lumayan itu akan diguna buat kali pertama bagi membiayai kempen UMNO/BN pada pilihan raya negeri Perak yang dijangkakan akan berlaku tidak lama lagi dan pilihan raya negeri Sarawak selain Pilihan Raya Umum ke-13.

Pindaan Rang Undang-undang itu akan member laluan untuk membawa masuk wang yang dikaut oleh BN sejak lebih 30 tahun lalu menerusi pemberian projek mega dan penswastaan kepada kroni dan syarikat terpilih. Jumlah keseluruhan dana itu dianggarkan RM1.1 trilion yang disorok dalam akaun-akaun sulit di pusat-pusat kewangan di seluruh dunia.

Bagi membawa dana itu masuk secara halal, perbahasan Rang Undang-undang di Parlimen itu disegerakan, melangkaui sebanyak lima Rang Undang-undang yang sepatutnya dibahas terlebih dahulu. Jika akta itu tidak dipinda di Parlimen, tindakan boleh diambil oleh Bank Negara di bawah Akta Pencegahan Pengurupan Wang Haram 2001.

Tindakan itu adalah untuk membiayai perancangan UMNO/BN untuk menebus kekalahan teruk kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang lalu. Dana RM1.1 trilion diletakkan di luar negara dalam bentuk simpanan akaun peribadi dan tetap, tabung amanah, yayasan, pelaburan hartanah, syarikat usahasama kerajaan dan negara luar organisasi bukan kerajaan.

Adakah rakyat sedar dengan tindakan kerajaan UMNO/BN ini? Itulah kenapa kes rasuah UMNO/BN tidak dapat dibendung.

Di bawah ini adalah akta-akta yang akan dipinda di Parlimen demi kepentigan UMNO/BN:

· Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007

· Akta Cukai Aktiviti Perniagaan 2007

· Akta Amanah Luar Pesisir Labuan 1996

· Akta Perkongsian Terhad dan Perkongsian Liabiliti Terhad Labuan 2009

· Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2009

· Akta Syarikat Luar Pesisir 1990

· Akta Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir 1990

Comments