Apa Sudah Jadi Dengan Bernama TV?

Kenapa kerjaaan tidak membantu Bernama TV dalam melaksanakan sebagai penyiar kepada kerajaan sebaliknya RTM dan Media Prima mendapat sokongan penuh dari kerajaan sehinggakan TV3 boleh mengampu kerajaan dalam bentuk provokasi serta mengelirukan rakyat.

Sekarang ini Bernama TV telah mengalami kerugian yang besar sehingga mencecah angka RM15 juta. Tiga buah syarikat telah menyelamatkan Bernama TV dari kerugian atau muflis akibat menanggung beban hutang yang tinggi setiap bulan.

Operasi Bernama TV setiap bulan adalah sejumlah RM1.5 juta manakala tempahan iklan yang diterima hanyalah sekitar RM150,000 sebulan tetapi kerugian yang ditanggung adalah RM15 juta melebihi kutipan dari iklan. Ini berlaku tiada rancangan menarik dalam Bernama TV serta penyampaian juruhebah tidak memuaskan kehendak penonton.

Bernama TV telah mengisi kekosongan dengan menjadi satu saluran TV di mana rakyat boleh mendapat berita dan informasi terkini sepanjang 24 jam. Tetapi berita-berita sensasi dan provokasi tidak akan diberi ruang bagi mengelakkan sebarang kontroversi yang boleh menjejaskan matlamat Gagasan 1Malaysia. Apakah Bernama TV mahu jadi berita yang berat sebelah seperti yang ada dalam Media Prima?

Comments