Apa Lagi UMNO Mahu Dari PAS!


Tidak habis-habis dan henti-henti UMNO cakap menegenai kerajaan perpaduan sehinggakan sanggup menghuru-harakan PAS. Apa lagi yang mahu ditunggu UMNO? Tidak malukah bercakap perkara orang tidak suka tetapi UMNO memang tidak tahu malu.

Kalau UMNO beria-ia sangat mahukan kerajaan perpaduan, bubar sahaja parti UMNO dan komponen barisan nasional (BN) dan sertai Pakatan Rakyat. Jadikan Pakatan Rakyat sebagai komponen tunggal dalam negara agar mencapai matlamat 1Malaysia. 1Malaysia, 1Pakatan Rakyat, 1Kematian UMNO.

UMNO usahlah bermimpi mahukan kerajaan perpaduan. UMNO jugalah yang menyebaan perpaduan kaum di 1Malaysia ini porak-peranda. Kenapa mahu bekerjasama dengan PAS untuk perpaduan sedangkan merekalah yang mengkhianati perpaduan ini.

Apakah muslihat UMNO mahu bekerjasama dengan PAS? Adakah mahu merasuah PAS? UMNO merupakan parti yang penuh degan rasuah serta masalah dalamannya yang sangat serius. Kerajaan perpaduan yang cuba mereka terapkan ini adalah untuk mengaburi mata masyarakat semata-mata tetapi mempunyai agenda yang tersirat.

UMNO bagaikan keris yang rindukan bulan dari PAS. UMNO bukan lah sebuah parti yang terkenal sepeti PAS. Antara bendera berlambang bulan dengan keris, lambang bulanlah paling dikenali. Ini kerana setiap kali berlangsung pilihan raya antara PAS lawan UMNO, UMNO selalu menggunakan lambang Barisan Nasional sedangkan itu lambing komponen. PAS hanya berdiri di atas lambang bulannya sahaja.

Bukan itu sahaja, kadang-kadang lambang komponen dalam BN turut digunakan walhal yang bertanding adalah UMNO. Sebagai contoh di Bagang Pinang yang bertanding adalah UMNO tetapi bendera yang digantung adalah PPP dan MIC. Ini menunjukkan UMNO tidak dikenali ramai.

Comments