UMNO/BN Terengganu Seperti Bola


Apa sudah jadi dengan UMNO/BN di Terengganu? Sudah terumbang-ambing bagaikan dihanyut oleh badai ombak yang melanda menghempas pantai. Boleh juga dikatakan seperti bola yang ditendang ke sana ke mari. Goyahnya UMNO/BN di Terengganu.


Bermulanya runtuh bumbung stadium hinggalah runtuhnya bumbung atap masjid membuktikan kegoyahan UMNO/BN mengajak kita berfikiran sejenak mengenai peristiwa yang berlaku di Terengganu. Negeri kaya dengan sumber petroleum namun miskin rakyatnya.


Apakah penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan UMNO/BN Terengganu? Antara penyelewengan yang ketara adalah UMNO/BN mematikan sekolah-sekolah agama negeri dengan menyerahkan pentadbirannya kepada Kerajaan Pusat.


UMNO sebenarnya dalam keadaan gelisah kerana kerajaan kerana kerajaan yang ditubuhkan di Terengganu adalah umpama bola. Bila seperti bola, ia boleh ditendang ke mana sahaja serta bergolek mengikut arah yang ditujunya. UMNO sekarang duduk di atas belas ihsan PAS, mana-mana pihak dari UMNO (Teengganu), perlu pendirian dan sikap dari PAS.

Comments