Shafie Apdal Beri Kontrak Kepada Kroni


Berlaku penyalahgunaan kuasa oleh Datu Seri Shafie Apdal dalam kontrak BELBdi Sabah dan Sarawak yang diberikan kepada kroni-kroni beliau. Inilah tindakan seorang menteri yang tidak bertanggung jawab yang hanya mengisi poket masing-masing.


Dua syarikat itu ialah Magnate Innovation Sdn Bhd dan Ternama Tabah Sdn Bhd tidak memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kementerian tersebut. Bagaimana syarikat yang tidak layak boleh mendapatkan kontrak tersebut? Inilah dinamakan Barisan Nasional atau dengan nama lain Barisan Nepotisme.


Magnate Innovation Sdn Bhd didaftarkan pada 12 Februari 2009 dengan modal berbayar syarikat hanya RM2 tetapi tidak berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), Suruhanjaya Tenaga (ST) dan tidak mempunyai sijil pengiktirafan taraf bumiputera.


Begitu juga dengan Ternama Tabah Sdn Bhd yang dimulakan dengan modal berbayar syarikat hanya RM1 juga tidak memenuhi syarat-syarat asas yang ditetapkan oleh kementerian berkenaan.


Apakah rasionalnyamenteri sendiri tidak sedar syarat-syarat sedemikian bahkan kedua-dua syarikat tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang ini tetapi masing-masing memperoleh kontrak bernilai RM30juta dan RM80juta.

Comments